Sunday, September 20, 2015

Bersih #1

Diringkaskan cerita, sebulan lepas (18/8) rumah sewa kena masuk pencuri. Sebenarnya taknak ingat pn exact date dia. tapi ada makcik ni pergi call acah-acah simpati. last sebelum dia habiskan perbualan,

"hang ingat dak birthday aku harini?"

"eh. iye? ok. Happy birthday bla bla bla.."

lepas tu aku tergelak sendiri. Kalau dia tak ingatkan, mmg tak ingat. Ni bukan tak ingat sebab fikiran serabut barang habis kena curi. Tapi sebab masa tu aku macam tengah serabut, mungkin member tu memaafkan salah aku tak ingat birthday dia. haha

Walaupun kecurian tu tak ambik semua barang kt rumah tu, dia cuma ambik beg dua ketul kt lantai bilik tidur tapi serius aku rasa sehelai sepinggang gila. Sebab dalam beg 2 ketul tu laa ada laptop, powerbank, pendrive, purse, kunci segala jenis, nota-nota belajar. Demm. sempat jugak dia capai jam tangan dengan hp tepi bantal masa tu.

Ye. dia curi masa aku tengah tidur. Actually masa bangun tidur tu aku tak sedar pn lagi barang kena curi. Selalu tengok jam kt phone, tapi phone takde. ingatkan jatuh tepi katil. Jenguk tepi katil, beg 2 ketul yg aku campak sebelum tidur takde.

Dan aku ingat housemate tolong kemas bilik malam tu. Nampak aku punya positif macam mana? walaupn macam mustahil je housemate nk menyapu dalam gelap. ngek gila.

Tengok ruang tamu pn mcm bukan rumah kena pecah. Sebab dia capai apa yg nampak. tak sempat nk selongkar agaknya.

Bersih terus rasa akaun bank nak kena ganti segala jenis barang-barang tu. T-T