Tuesday, July 28, 2015

Menghargai

Selamat Hari Raya.

Dari awal lagi haritu nk up entry pasal raya. banyak benda nak cerita. tapi tu lah. sebab banyak sangat. tak habis-habis cerita. lepas tu tak dapat lah nk up entry pasal raya.

lol. alasan entah hape-hape.

Tentang menghargai ni, bila terlalu mengharap penghargaan dari orang, kadang akan buat kita rasa kecewa.
marilah kita yang mula menghargai orang depan mata.

ayat macam selama ni tak hargai orang je?
adalah sikit. -..-

Tuesday, July 07, 2015

Ramadan 20

kejap je dah 20 ramadan.
laju betul masa berlalu.

Sepanjang 20 hari puasa ni, sekali je pergi bazar ramadan. Beli nasi putih berlauk asing tapi dapat nasi putih basi. nasi putih pun beli kan? ke takde periuk karen bak kata aujinz? ello, kalo takde periuk karen pn, aku terer kot masak nasi dengan dapur gas *flipshawl*. amboi, angkuh sangat padahal shawl pun tak reti pakai. haha. pandai masak nasi atas dapur gas pn nak angkuh ke? buat malu je. sebenarnya masa tu beras dah habis. belum beli barang dapur. kenapa entah nak kena justifikasi beli nasi putih kt bazar. sukati la. tapi sedih la dapat nasi basi. huhu

lepas tu selera makan pun tak berapa nak ada. berbuka dua keping roti bakar pun dah kenyang gila. kenyang yang takde dah nk makan lagi lepas tu. memang takde mentong sampai ke sahur. mentong tahu mentong? even balik rumah pn mak masak kemain sedap, makan sikit gak. Sebenarnya memang lah nk turunkan berat pn. masalahnya berat tak turun banyak pun. 2kg je turun. -..- takde lagi orang komen, "shilaaaa, dah nampak kurus...." yang ada, "shilaaaaaaa, muka makin bulat.." demmit. turun 2kg tu kt mana? jangan lah kata ralat penimbang.

oh, cerita pasal gemuk ni, dulu pernah capai 53kg. lepas tu turunkan. kali ni naik jejak 56kg. gulp. anak sedara punya ayat tiap kali bergaduh, "cik shila niiiii, bontot dah la besar tapi kaki kecik.." dia cakap kaki kecik sebab aku boleh pakai selipar kakak dia yg umur 6tahun. kakak dia yg besar sebenarnya. tapi aku tak tahu la macam mana dia boleh kategorikan bontot tu besar. ciss sangat.

Sekarang ni tengah marathon siapkan tempahan. Ni dari pukul 2pagi tadi berjaga. Dah dua hari tido awal sebab plan nk bangun tengah2 malam. dapat task tu 2bulan lepas ke 3 bulan ntah. last minit baru nk buat. zzz.. ceritanya macam nak buat lain, tak jadi, cuba lagi, lepas tu tak jadi lagi, cuba lagi, bila tak jadi lagi, campak jarum dengan benang jauh2, start rasa mnyampah memang nak pandang benang pun takde mood. tapi kena la jugak buat. so, pulunn.. harapnya puas hati.

gigih sangat taip panjang-panjang.
sebab aku boring. haha.

boring la tu nak baca. tau dah!

Sunday, July 05, 2015

Penat

Mungkin dah tiba masa untuk berhibernasi.
Masuk kepompong.

Seminggu lagi nak settle semua benda.

Thursday, July 02, 2015

15 Ramadan

Alhamdulillah. Dah 15 hari ramadan berlalu dan azam ramdan aku masih utuh. Weehuu..

Tadi berbuka, patut aku da berbuka kt kampung. Tapi ada orang nak belanja, aku pospon balik kampung malam. Sebenarnya lepas bayar tu baru tau dia nak belanja, kalau tahu awal, aku order yg mahal2.

Nak ceritanya kt sini, tengah-tengah hirup sup tu, mata tetiba kelat nak tido. Ni bukan kali pertama. Da banyak kali rasa mengantuk masa tengah makan jadi. Mengantuk yg memang nk tido. Yang kalau boleh tido sambil makan, mmg itu la jadi. Yang kalau jadi kt rumah, memang habiskan makan cepat2 pastu terus cari bantal. Tapi mengantuk tiba2 ni jadi selalunya bila makan kt luar.

Itu cerita 15 ramadan. Dah 17 ramadan baru sambung tulis.. Huhu..

Ni baru bangun tido sebenarnya. Hujan. Pagi 2 hujan. Nikmat dia lain macam. Sebab dari awal posa xde hujan. Sebelum tido, ada soalan nak tanya kt someone. Tapi fikir byk kali ptut tanya ke tak, sampai tertidur. Orang tu masuk mimpi, naik kereta sama2. aku tanya soalan tu, dalam mimpi tu aku sengaja tido sbelum dapat jawapan. Sbb taknak dengar jawapan dia bagi. Tido dalam tido. Nasib baik tido dalam mimpi tu takde mimpi lain. Tau2 bangun gila. Patut la tak elok tido lepas subuh.