Monday, November 23, 2015

Jalan-jalan - Seoul, South Korea

Jalan-jalan Cari Jodoh - Seoul, South Korea (13-17 Nov 2015)

Belanja,
RM 1000 - return flight
RM 311/pax - Again Seoul guesthouse 5D4N booked via Expedia.com

tukar KRW 353,000, baki bawak balik Malaysia dalam KRW 130,000. Macam malas kan nak kira? KRW 353,000 masa tu tukar RM 1300. kiranya kt sana belanja dalam rm 900 makan minum, transportation, entrance fee and souvenir.

Total semua aku habis dalam ~ RM 2200.

Pergi berempat - semua perempuan.
Shila, Fariza, Dila, Alya.
Semua pun first time nak jejak Korea.
Perasaan dia, berdebar!

Sebenarnya guesthouse tu, kitorg main pick je. booking, then lepas tu baru check balik tempat. Menangis kan perangai macam ni? Tengok maps, rasa jauh jugak guesthouse tu dgn subway. Tapi sebenarnya tak. Agak dekat and kawasan kitorg duduk tu sangat meriah malam-malam. Kawasan Hongdae market. Ini pun tahu bila dah sampai sana. T_T Kalau dapat kt kawasan angker, mungkin dah makan carutan dari Dila.

Itinerary...? Sampai ke sudah macam serabut lagi. Petang sebelum pergi, tak kemas beg lagi, aku masih mengadap itinerary yg terabur. hahahaha. Tapi yang penting, tahu mana nk pergi, and ambik tahu kalau turun subway tu, nak ambik exit mana untuk pergi ke tempat korang nak tuju tu. Kalau ambik ambik brochures kt airport, banyak jugak membantu. Kitorg segala jenis maps ambik.

Tapi semuanya ok. walaupun ada tempat tak dapat cover, tapi ok laa. Sesat-sesat sikit tu ada. huahuahua. Dengan transportation system yg sangat bagus. Kagum. Tak perlu risau pun psl transportation kt sana. Download apps dia, boleh susun perjalanan.

Budak alya tu, Kpop fans, melayan lah jugak dia punya minat tu, cari bangunan-bangunan artis. Tak dapat tengok artis, tengok bangunan pun jadi lah konsep dia. Tapi nak mencari bangunan tu, gila ah mencabar. Sakit kaki cari tempat dia nak je. Dari 3tempat dia nk pergi, satu tempat je betul-betul bangunan dia nak pergi. YG ent. itupun tak boleh ambik gambar dekat. kah!

Lagi satu, kena pilih musim elok-elok. Pasal musim pn, kitorang tak fikir sangat masa tu. Yang penting bukan salji. Tapi ambil musim peralihan ke musim sejuk pn boleh buat menangis. Sebab dah start hujan-hujan. Mujur ada jugak hari yg terang masa kt sana. Hujan-hujan pun redah jugak pergi shopping. =P Dengan waktu siang yg pendek, agak terbatas jugak tempat nk pergi.

belanja satu gambar je. 

So Dila, next trip nak pergi mana? *gigit kertas* tak sedar diri tahun depan kena siap semua benda. oh, lagi satu, nak banyak berjalan kena cari kasut sesuai. Sakit kaki sebab salah kasut. Sedih.

17 comments:

  1. bestnye....rietta pown nak tgk gmbar lagi....hehehe...

    ReplyDelete
  2. bestnya g korea.. lagi gambar please... hehe

    ReplyDelete
  3. student pon leh gi jenjalan jejauh... kita yang kerja ni, tak berduit sangat nak jenjalan ke mana mana... kah kah kah

    ReplyDelete
  4. sedap betul jenjalan. jeles pulak kite.

    ReplyDelete
  5. Wahhh... kau pi jenjalan tak ajak aku pun. Huhu.
    Bestnyaa weh. Jeles aku dibuatnya. =D

    ReplyDelete
  6. Shila.. Hang pun duduk kat Parit Raja ke? Hehe. Insha-Allah, ada rezeki jumpalah kita.

    p/s: Bila nak update blog lagi? =D

    ReplyDelete
  7. Bila lah tuan umah ni nak update blog lagi. Hahaha. XD

    ReplyDelete
  8. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  9. Wah.. penat tu berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Kalau kita orang Malaysia ni masa musim baru lepas salji terbaik rasanya pergi tempat macam Korea ni. Tak sejuk sangat tapi still ada sikit2 bekas salji tu.. :)

    ReplyDelete
  10. Korea musim sejuk tak pernah rasa lagi.. Huhuu..

    ReplyDelete