Thursday, August 06, 2015

Raya Pertama

Alhamdulillah. Syawal pun dah nak sampai hujung.
tapi puasa 6/ganti tak settle lagi. hew

Untuk raya pertama, dah jadi tradisi kitorang jiran-jiran dalam blok buat marhaban/baraan. Kitorang panggil marhaban. Satu blok ada dalam 10buah rumah. Since generasi pertama pn dah level tunggu anak menantu cucu balik, rasa takde masalah nak buat raya pertama. Lagi meriah ramai yg berkumpul. Kalau dulu, buat hari lain, memang mak bapak je la yg join. Rasa dah 10tahun jugak buat macam ni. Kira sambut raya dengan jiran-jiran dulu la. Lepas solat raya terus start program.

Rumah mak dapat turn rumah terakhir tahun ni. Rumah terakhir ni jadi tempat makan-makan. Rumah-rumah lain singgah marhaban je. Jimat masa and target habis sebelum zuhur. Untuk makan-makan pulak, setiap rumah dapat tugasan sediakan satu menu. Menu pun menu biasa hari raya-rendang,kuah kacang etc. Ringan sama dipikul, berat sama dijinjing. Gitteww konsepnya.

Tapi mak semangat jugak sediakan menu lain. Mak kata "10tahun lagi baru sampai balik turn. Entah hidup lagi ke tak..Kalau hidup pn, agaknya mak dah tak larat nak uruskan" fine mak, fine. takyah buat ayat sedih sangat boleh?

Sebahagian
Yang pasti aku takde dalam gambar. huahua. Sebenarnya aku tak ikut pun marhaban ni. Sebab dapat mandat membakar otak-otak dengan adik. Masa diorang datang rumah, aku da tertidur. Terjaga masa orang nak balik. Sengal. Acah-acah penat bakar otak-otak 300keping. Macam la bakar sorang-sorang. Pffttt..

Ini untuk marhaban blok, untuk marhaban kampung, lain pulak. Kawan cerita, kt kampung mertua dia, ada marhaban orang bujang, orang dah kahwin. Lagi menarik. Boleh tau sapa yg bujang lagi. hahaha.

5 comments:

  1. Soalan last tu paling win .. haha

    ReplyDelete
  2. wow meriah betul, bestnyaaaa.. selamat dah habis puasa enam ^^

    ReplyDelete
  3. Iya la tu tertido buat2 penat bakar otak2 hahahaaa... Lari tak nak marhaban hahahaa..

    ReplyDelete