Tuesday, July 07, 2015

Ramadan 20

kejap je dah 20 ramadan.
laju betul masa berlalu.

Sepanjang 20 hari puasa ni, sekali je pergi bazar ramadan. Beli nasi putih berlauk asing tapi dapat nasi putih basi. nasi putih pun beli kan? ke takde periuk karen bak kata aujinz? ello, kalo takde periuk karen pn, aku terer kot masak nasi dengan dapur gas *flipshawl*. amboi, angkuh sangat padahal shawl pun tak reti pakai. haha. pandai masak nasi atas dapur gas pn nak angkuh ke? buat malu je. sebenarnya masa tu beras dah habis. belum beli barang dapur. kenapa entah nak kena justifikasi beli nasi putih kt bazar. sukati la. tapi sedih la dapat nasi basi. huhu

lepas tu selera makan pun tak berapa nak ada. berbuka dua keping roti bakar pun dah kenyang gila. kenyang yang takde dah nk makan lagi lepas tu. memang takde mentong sampai ke sahur. mentong tahu mentong? even balik rumah pn mak masak kemain sedap, makan sikit gak. Sebenarnya memang lah nk turunkan berat pn. masalahnya berat tak turun banyak pun. 2kg je turun. -..- takde lagi orang komen, "shilaaaa, dah nampak kurus...." yang ada, "shilaaaaaaa, muka makin bulat.." demmit. turun 2kg tu kt mana? jangan lah kata ralat penimbang.

oh, cerita pasal gemuk ni, dulu pernah capai 53kg. lepas tu turunkan. kali ni naik jejak 56kg. gulp. anak sedara punya ayat tiap kali bergaduh, "cik shila niiiii, bontot dah la besar tapi kaki kecik.." dia cakap kaki kecik sebab aku boleh pakai selipar kakak dia yg umur 6tahun. kakak dia yg besar sebenarnya. tapi aku tak tahu la macam mana dia boleh kategorikan bontot tu besar. ciss sangat.

Sekarang ni tengah marathon siapkan tempahan. Ni dari pukul 2pagi tadi berjaga. Dah dua hari tido awal sebab plan nk bangun tengah2 malam. dapat task tu 2bulan lepas ke 3 bulan ntah. last minit baru nk buat. zzz.. ceritanya macam nak buat lain, tak jadi, cuba lagi, lepas tu tak jadi lagi, cuba lagi, bila tak jadi lagi, campak jarum dengan benang jauh2, start rasa mnyampah memang nak pandang benang pun takde mood. tapi kena la jugak buat. so, pulunn.. harapnya puas hati.

gigih sangat taip panjang-panjang.
sebab aku boring. haha.

boring la tu nak baca. tau dah!

4 comments:

  1. Tu la kau degil sangat. Kan aku dah ajak boikot pasar ramadhan, kan dah kena.

    Kbai.

    ReplyDelete
  2. amboi..nasi pun basi. kemaen...

    ReplyDelete
  3. wah..sekali je pergi bazar??
    mine boleh kata almost every week akan beli dkt bazar. sebab buka pun tak lalu nak makan banyak2. cukup dpt murtabak dgn roti john je. lepas tu, tggu sahur plak baru masak.

    ReplyDelete