Monday, November 23, 2015

Jalan-jalan - Seoul, South Korea

Jalan-jalan Cari Jodoh - Seoul, South Korea (13-17 Nov 2015)

Belanja,
RM 1000 - return flight
RM 311/pax - Again Seoul guesthouse 5D4N booked via Expedia.com

tukar KRW 353,000, baki bawak balik Malaysia dalam KRW 130,000. Macam malas kan nak kira? KRW 353,000 masa tu tukar RM 1300. kiranya kt sana belanja dalam rm 900 makan minum, transportation, entrance fee and souvenir.

Total semua aku habis dalam ~ RM 2200.

Pergi berempat - semua perempuan.
Shila, Fariza, Dila, Alya.
Semua pun first time nak jejak Korea.
Perasaan dia, berdebar!

Sebenarnya guesthouse tu, kitorg main pick je. booking, then lepas tu baru check balik tempat. Menangis kan perangai macam ni? Tengok maps, rasa jauh jugak guesthouse tu dgn subway. Tapi sebenarnya tak. Agak dekat and kawasan kitorg duduk tu sangat meriah malam-malam. Kawasan Hongdae market. Ini pun tahu bila dah sampai sana. T_T Kalau dapat kt kawasan angker, mungkin dah makan carutan dari Dila.

Itinerary...? Sampai ke sudah macam serabut lagi. Petang sebelum pergi, tak kemas beg lagi, aku masih mengadap itinerary yg terabur. hahahaha. Tapi yang penting, tahu mana nk pergi, and ambik tahu kalau turun subway tu, nak ambik exit mana untuk pergi ke tempat korang nak tuju tu. Kalau ambik ambik brochures kt airport, banyak jugak membantu. Kitorg segala jenis maps ambik.

Tapi semuanya ok. walaupun ada tempat tak dapat cover, tapi ok laa. Sesat-sesat sikit tu ada. huahuahua. Dengan transportation system yg sangat bagus. Kagum. Tak perlu risau pun psl transportation kt sana. Download apps dia, boleh susun perjalanan.

Budak alya tu, Kpop fans, melayan lah jugak dia punya minat tu, cari bangunan-bangunan artis. Tak dapat tengok artis, tengok bangunan pun jadi lah konsep dia. Tapi nak mencari bangunan tu, gila ah mencabar. Sakit kaki cari tempat dia nak je. Dari 3tempat dia nk pergi, satu tempat je betul-betul bangunan dia nak pergi. YG ent. itupun tak boleh ambik gambar dekat. kah!

Lagi satu, kena pilih musim elok-elok. Pasal musim pn, kitorang tak fikir sangat masa tu. Yang penting bukan salji. Tapi ambil musim peralihan ke musim sejuk pn boleh buat menangis. Sebab dah start hujan-hujan. Mujur ada jugak hari yg terang masa kt sana. Hujan-hujan pun redah jugak pergi shopping. =P Dengan waktu siang yg pendek, agak terbatas jugak tempat nk pergi.

belanja satu gambar je. 

So Dila, next trip nak pergi mana? *gigit kertas* tak sedar diri tahun depan kena siap semua benda. oh, lagi satu, nak banyak berjalan kena cari kasut sesuai. Sakit kaki sebab salah kasut. Sedih.

Sunday, September 20, 2015

Bersih #1

Diringkaskan cerita, sebulan lepas (18/8) rumah sewa kena masuk pencuri. Sebenarnya taknak ingat pn exact date dia. tapi ada makcik ni pergi call acah-acah simpati. last sebelum dia habiskan perbualan,

"hang ingat dak birthday aku harini?"

"eh. iye? ok. Happy birthday bla bla bla.."

lepas tu aku tergelak sendiri. Kalau dia tak ingatkan, mmg tak ingat. Ni bukan tak ingat sebab fikiran serabut barang habis kena curi. Tapi sebab masa tu aku macam tengah serabut, mungkin member tu memaafkan salah aku tak ingat birthday dia. haha

Walaupun kecurian tu tak ambik semua barang kt rumah tu, dia cuma ambik beg dua ketul kt lantai bilik tidur tapi serius aku rasa sehelai sepinggang gila. Sebab dalam beg 2 ketul tu laa ada laptop, powerbank, pendrive, purse, kunci segala jenis, nota-nota belajar. Demm. sempat jugak dia capai jam tangan dengan hp tepi bantal masa tu.

Ye. dia curi masa aku tengah tidur. Actually masa bangun tidur tu aku tak sedar pn lagi barang kena curi. Selalu tengok jam kt phone, tapi phone takde. ingatkan jatuh tepi katil. Jenguk tepi katil, beg 2 ketul yg aku campak sebelum tidur takde.

Dan aku ingat housemate tolong kemas bilik malam tu. Nampak aku punya positif macam mana? walaupn macam mustahil je housemate nk menyapu dalam gelap. ngek gila.

Tengok ruang tamu pn mcm bukan rumah kena pecah. Sebab dia capai apa yg nampak. tak sempat nk selongkar agaknya.

Bersih terus rasa akaun bank nak kena ganti segala jenis barang-barang tu. T-T

Thursday, August 06, 2015

Raya Pertama

Alhamdulillah. Syawal pun dah nak sampai hujung.
tapi puasa 6/ganti tak settle lagi. hew

Untuk raya pertama, dah jadi tradisi kitorang jiran-jiran dalam blok buat marhaban/baraan. Kitorang panggil marhaban. Satu blok ada dalam 10buah rumah. Since generasi pertama pn dah level tunggu anak menantu cucu balik, rasa takde masalah nak buat raya pertama. Lagi meriah ramai yg berkumpul. Kalau dulu, buat hari lain, memang mak bapak je la yg join. Rasa dah 10tahun jugak buat macam ni. Kira sambut raya dengan jiran-jiran dulu la. Lepas solat raya terus start program.

Rumah mak dapat turn rumah terakhir tahun ni. Rumah terakhir ni jadi tempat makan-makan. Rumah-rumah lain singgah marhaban je. Jimat masa and target habis sebelum zuhur. Untuk makan-makan pulak, setiap rumah dapat tugasan sediakan satu menu. Menu pun menu biasa hari raya-rendang,kuah kacang etc. Ringan sama dipikul, berat sama dijinjing. Gitteww konsepnya.

Tapi mak semangat jugak sediakan menu lain. Mak kata "10tahun lagi baru sampai balik turn. Entah hidup lagi ke tak..Kalau hidup pn, agaknya mak dah tak larat nak uruskan" fine mak, fine. takyah buat ayat sedih sangat boleh?

Sebahagian
Yang pasti aku takde dalam gambar. huahua. Sebenarnya aku tak ikut pun marhaban ni. Sebab dapat mandat membakar otak-otak dengan adik. Masa diorang datang rumah, aku da tertidur. Terjaga masa orang nak balik. Sengal. Acah-acah penat bakar otak-otak 300keping. Macam la bakar sorang-sorang. Pffttt..

Ini untuk marhaban blok, untuk marhaban kampung, lain pulak. Kawan cerita, kt kampung mertua dia, ada marhaban orang bujang, orang dah kahwin. Lagi menarik. Boleh tau sapa yg bujang lagi. hahaha.

Tuesday, August 04, 2015

#2

Pagi,

"kalau berani, jumpa mak abah la. kalau diorang setuju, aku ok.."
"kena jumpa mak abah kau ke? takyah laa. kita kahwin senyap-senyap. lepas tu baru bagitahu.."
"belum apa-apa dah tak respect kt parents aku. wali aku tu. nanti dah kahwin, macam mana?"

krik..krik..
 
Petang,

"Aku bagi tempoh kau 2tahun nak fikir betul-betul.."
*tepuk dahi* ingatkan da habis pagi tadi.
"lama sangat 2 tahun. sekarang jugak aku bagi jawapan. taknak. jagalah bini yang ada tu elok-elok.." 

Tuesday, July 28, 2015

Menghargai

Selamat Hari Raya.

Dari awal lagi haritu nk up entry pasal raya. banyak benda nak cerita. tapi tu lah. sebab banyak sangat. tak habis-habis cerita. lepas tu tak dapat lah nk up entry pasal raya.

lol. alasan entah hape-hape.

Tentang menghargai ni, bila terlalu mengharap penghargaan dari orang, kadang akan buat kita rasa kecewa.
marilah kita yang mula menghargai orang depan mata.

ayat macam selama ni tak hargai orang je?
adalah sikit. -..-

Tuesday, July 07, 2015

Ramadan 20

kejap je dah 20 ramadan.
laju betul masa berlalu.

Sepanjang 20 hari puasa ni, sekali je pergi bazar ramadan. Beli nasi putih berlauk asing tapi dapat nasi putih basi. nasi putih pun beli kan? ke takde periuk karen bak kata aujinz? ello, kalo takde periuk karen pn, aku terer kot masak nasi dengan dapur gas *flipshawl*. amboi, angkuh sangat padahal shawl pun tak reti pakai. haha. pandai masak nasi atas dapur gas pn nak angkuh ke? buat malu je. sebenarnya masa tu beras dah habis. belum beli barang dapur. kenapa entah nak kena justifikasi beli nasi putih kt bazar. sukati la. tapi sedih la dapat nasi basi. huhu

lepas tu selera makan pun tak berapa nak ada. berbuka dua keping roti bakar pun dah kenyang gila. kenyang yang takde dah nk makan lagi lepas tu. memang takde mentong sampai ke sahur. mentong tahu mentong? even balik rumah pn mak masak kemain sedap, makan sikit gak. Sebenarnya memang lah nk turunkan berat pn. masalahnya berat tak turun banyak pun. 2kg je turun. -..- takde lagi orang komen, "shilaaaa, dah nampak kurus...." yang ada, "shilaaaaaaa, muka makin bulat.." demmit. turun 2kg tu kt mana? jangan lah kata ralat penimbang.

oh, cerita pasal gemuk ni, dulu pernah capai 53kg. lepas tu turunkan. kali ni naik jejak 56kg. gulp. anak sedara punya ayat tiap kali bergaduh, "cik shila niiiii, bontot dah la besar tapi kaki kecik.." dia cakap kaki kecik sebab aku boleh pakai selipar kakak dia yg umur 6tahun. kakak dia yg besar sebenarnya. tapi aku tak tahu la macam mana dia boleh kategorikan bontot tu besar. ciss sangat.

Sekarang ni tengah marathon siapkan tempahan. Ni dari pukul 2pagi tadi berjaga. Dah dua hari tido awal sebab plan nk bangun tengah2 malam. dapat task tu 2bulan lepas ke 3 bulan ntah. last minit baru nk buat. zzz.. ceritanya macam nak buat lain, tak jadi, cuba lagi, lepas tu tak jadi lagi, cuba lagi, bila tak jadi lagi, campak jarum dengan benang jauh2, start rasa mnyampah memang nak pandang benang pun takde mood. tapi kena la jugak buat. so, pulunn.. harapnya puas hati.

gigih sangat taip panjang-panjang.
sebab aku boring. haha.

boring la tu nak baca. tau dah!

Sunday, July 05, 2015

Penat

Mungkin dah tiba masa untuk berhibernasi.
Masuk kepompong.

Seminggu lagi nak settle semua benda.

Thursday, July 02, 2015

15 Ramadan

Alhamdulillah. Dah 15 hari ramadan berlalu dan azam ramdan aku masih utuh. Weehuu..

Tadi berbuka, patut aku da berbuka kt kampung. Tapi ada orang nak belanja, aku pospon balik kampung malam. Sebenarnya lepas bayar tu baru tau dia nak belanja, kalau tahu awal, aku order yg mahal2.

Nak ceritanya kt sini, tengah-tengah hirup sup tu, mata tetiba kelat nak tido. Ni bukan kali pertama. Da banyak kali rasa mengantuk masa tengah makan jadi. Mengantuk yg memang nk tido. Yang kalau boleh tido sambil makan, mmg itu la jadi. Yang kalau jadi kt rumah, memang habiskan makan cepat2 pastu terus cari bantal. Tapi mengantuk tiba2 ni jadi selalunya bila makan kt luar.

Itu cerita 15 ramadan. Dah 17 ramadan baru sambung tulis.. Huhu..

Ni baru bangun tido sebenarnya. Hujan. Pagi 2 hujan. Nikmat dia lain macam. Sebab dari awal posa xde hujan. Sebelum tido, ada soalan nak tanya kt someone. Tapi fikir byk kali ptut tanya ke tak, sampai tertidur. Orang tu masuk mimpi, naik kereta sama2. aku tanya soalan tu, dalam mimpi tu aku sengaja tido sbelum dapat jawapan. Sbb taknak dengar jawapan dia bagi. Tido dalam tido. Nasib baik tido dalam mimpi tu takde mimpi lain. Tau2 bangun gila. Patut la tak elok tido lepas subuh.

Saturday, June 27, 2015

Keliru

Tiba-tiba rasa sedih.
Tahu apa penyebab sedih.
Cuma tak tahu perlu ke tak rasa sedih dgn benda tu

Separuh jiwa pesan tak perlu sedih.
Tapi rasa macam nk tido sepanjang hari taknak fikir apa-apa

Kuikuikui

Harini bangun sahur lambat.
Terjaga dah pkul 4.50.
Tido balik. Bangun2 pkul 5.28.
Azan 5.38..

Sempat la minum susu, makan kurma
Kalau bangun awal pn, tu jugak menunya.
Cuma bole makan dengan tenang sambil berangan.
:p

---------

Ke sebenarnya lebih pada rasa rindu?

Thursday, June 25, 2015

Kalau Dah Suka

kalau dah suka gambar tu,
akan gunakan gambarkan tu kt semua wallpaper.

kalau jumpa gambar tu kt internet cari dengan desktop,
nanti kt hp pn akan cari gambar sama.

contohnya macam wallpaper blog ni.
rasa macam sedap.
padahal belang-belang je. T_T

terus wallpaper desktop pn pakai gambar ni..
dengan wallpaper phone.

hew.

pernah try letak muka sendiri jadi wallpaper phone.
pastu rasa terkejut bila on display.
sebab cute sangat. lol
muntah..

actually lebih pada segan.
segan bila on display, ada orang kt sebelah.
takut orang tu pulak terkejut. cute sangat. lol

takyah muntah sgt puasa ni.


  
tak cantik sangat pn.
tapi rasa senang hati gitu.

Monday, June 22, 2015

Salam Ramadan

Assalamualaikum.

haritu ada tanya kt sorang member ni, apa azam ramadan dia? dia tanya balik, puasa pun ada azam ke?

sebenarnya bukan kt dia sorang je aku tanya. ada la dua tiga empat lima enam orang aku tanya soalan tu. tapi soalan dijawab soalan, dari dia je aku dapat. hew.

so, selamat berpuasa korang..!

motip sangat entry macam nak kena terajang ni.