membuatkan aku teringat kes adik last..
adik last, kanak-kanak istimewa..
dia penghidap down syndrom..
masa kecik, aku tak tau realiti seorang adik itu..
pernah sekali, aku tengok siaran lewat malam dengan kakak..
pasal kanak-kanak down sindrom..
aku kata pada kakak,
"eh, rupa diorang ni macam Manja lah, harap-harap Manja tak sakit mcm ni.."
kakak diam je masa tu..
sampai darjah 6, masa kelas malam,
kawan kt sekolah tanya,
"adik ko tu gonjeng eh..?"
gonjeng rasanya istilah diorang pakai.. aku tak ingat..
tapi soalan tu buat aku sentap.. sebab mcm nk tunjukkan adik aku tak normal..
adik aku, aku rasa dia sempurna..
walaupn aku tertanya-tanya kenapa dia lambat jalan..
kenapa badan dia macam lembik..
kenapa dia lambat bercakap..
aku salahkan diri aku yg buatkan dia macam tu..
sebab dia pernah jatuh dari dukungan aku masa dia baby..
kepala dia terhantuk.. T__T
aku dapat dia masa aku tadika..
balik-balik dari tadika tengok ada baby dengan mak..
mak terbaring.. aku tanya, "anak sapa mak ambik ni..?"
sebab aku teringat rupa dia yg cerah, mata sepet, hidung pesek..
macam anak cina..
masa tu aku tak tau istilah mengandung..
aku tak tau dalam perut mak ade baby..
serius, aku tak perasan perut mak besar dari biasa..
ke aku tak perhatikan mak aku selama masa kecik tu...? =__="
bila esoknya pergi tadika,
cikgu tanya, "mak dah bersalin eh..?"
aku blurr.. istilah bersalin aku tak pernah dengar..
aku terbayang bersalin baju..bersalin kain batik..
bila cikgu kata, "mak ada baby eh..?"
baru aku paham.. dan angguk..
heh..!
tapi bila dia pndai berjalan, aku sangat suka..!
senang cerita, dia membesar depan mata aku..
peh..ayat mcm seorang ibu pulak kan..?
dia kanak-kanak 1st kt felda tu aku rasa..
tp dia pergi je tadika mcm kanak-kanak lain..
tadika belakang rumah je..
sempatlah seminggu aku hantar dia pergi balik tadika sebelum masuk asrama..
masuk asrama je,
bila dia lalu sekolah rendah dengan mak abah,
dia akan tunjuk dan sebut, "skolah shila"..
bila aku demam kt asrama, telefon rumah je, mesti dia demam jugak..
aku dengan dia mmg rapat..
aku suka mandikan dia..
selalu cakap aku je dia mudah dengar..
masa kecilnya, kerap juga dia masuk hospital..
dia kalau demam, demam yang lama..
pernah je beraya haji kt hospital..
mak teman dia.. abah jaga kami di rumah..
owh demm.. masa tulis ni mcm2 pulak aku teringat..
rasa mcm semua je aku nk tulis..
tapi tak sampai pn point utama dia..
kah..kah..kah...
okeh-okeh..nak sambung jugak..
sekali sekala buat entry panjang..
walaupn sebenarnya xdelah panjang mana kalau buat dalam bentuk perenggan.. =P
akhirnya, mak bagitahu adik sebenarnya ada sakit jantung berlubang..
ulang-alik jugak ke IJN untuk pemeriksaan..
masa mak bagitahu tu lah, aku teringat satu peristiwa,
rumah aku tiba-tiba dipenuhi jiran..
kakak dah menangis kt pintu..
adik kt pangkuan mak.. mata dah layu.. badan dah biru..
mak mengucap kalimah syahadah sambil menyapu tangan kt muka adik..
dan jujurnya, aku tak paham situasi tu waktu tu..
dan tanya kakak. "kenapa menangis?"
darjah 1 kot aku masa ni.. lepas tu, x ingat dah ape jadi..
adik dipanjangkan umurnya waktu tu..
mungkin jantung dia terlalu lemah tika itu..
masa tingkatan 4, abah bagitahu adik kene buat pembedahan..
rm 12k kos dia..
aku kt asrama masa tu.. dan yg aku ingat, aku tak cerita pn pada kawan2 psl tu..
lepas tau adik selamat, barulah aku cerita kt kawan sorang ni..
itu pun aku pesan jangan bagitau kawan lain.. hahaha..
padahal ikutkan kalau bagitau kawan2, diorang boleh tolong doakan ramai-ramai..
aku akan sebak bila cerita pasal adik..
mak yg teman dia masa operation kt IJN..
abah macam biasa, jaga adik2 lain kt rumah..
mak cerita, adik sangat kuat..
sehari dua lepas operation, adik dah boleh jalan-jalan turun naik tangga..
siap dia yg jalan lagi laju dari mak..
tak kenal erti sakit budak tu..
Doctor kt sana pun terkejut adik aktif macam tu..
padahal belah kt dada tu..
umur dia masa tu 9tahun..
masih ada kesan parut tu sampai sekarang..
sekarang umur dia dah 19 tahun..
kalau nak tahu, aku berdebar bila umur dia nak masuk 18..
sebab pernah terbaca, jangka hayat kanak-kanak sindrom down ni selalu tak panjang..
dalam 17-18 tahun je..
dia okeh je sebenarnya..
boleh je buat kerja rumah.. boleh uruskan diri sendiri..
sekarang pn, abah masih hantar dia ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kt area sini..
boleh la dia pelajar pengurusan diri.. tak bosan duk rumah..
ending dia, aku tak tau nk buat ayat ape..
abis mcm ni je bole..?
| Manja, Adik, Maksu, Acu |