Sunday, February 12, 2012

Bila Dah Malas

.... | Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia | ....

Hari ni aku dapat kuasa sepenuhnya untuk take-over blog Miss Senget. Katanya,

"tak tahu nak update apa kat blog, tapi nak update", 

Dengan suara serak-serak basah manja comel tak hingat dunia maka aku pun spontan berkata,

"bagi saya update 1 post di blog awak", 

Ketika aku cakap ni aku rasa aku telah terkena panahan cupid love yang tersasar memanah tersilap orang. Cupid love amatur, tak pandai nak guna anak panah lagi. Aku cakap je macam tu aku dah boleh bayang Miss Senget dah buat muka kawaii dengan mata bersinar-sinar.

***

Sekarang aku tengah menaip, kamu semua tahu apa yang aku fikir? Aku fikir ..

(Lelaki)

"punya la lama dia tak update, tiba-tiba kasi budak amatur mana lah menulis ni. aku marah ni!",


(Perempuan)

"siapa ni? siapa? siapa? siapa? marka dia ka? alaaa...",


(Majoriti)

"spoil mood lah, tak kelakar pun entry ni",




Sabar~! Aku faham apa perasaan kamu semua yang sudah terbiasa dengan ilham dan penulisan Miss Senget. Aku bukan Osbon, sudah tentu lah tak lawak. Aku hanya aku.. *Eh..eh..tacim pulak dah~!

***

Aku dulu selalu duduk dalam lab, maka hidup aku adalah kerja aku. Satu hari nafsu menulis aku seakan bergelora, aku ingin meluah sesuatu kerana hidup aku macam kosong tanpa berborak. Tapi aku tak ada masa nak bergosip sana sini, nak bertukar cerita dan berborak kosong. Maka aku buat satu blog yang semua tak tahu itu aku, aku tulis perkara yang pernah berlaku dalam hidup aku dulu. Semuanya mahu aku tulis.

Yerp, masa tu aku belum ada facebook. Jadi seorang kawan telah buat fan page untuk blog aku. Dengan itu terhasillah satu facebook. Lama kelamaan aku rasa best jugak kalau ada facebook, jadi aku tukar nama kepada nama aku. Aku mula add blogger yang aku suka baca blog mereka, macam orang baru nak berkawan.

Satu malam, aku lupa bulan tapi yang pastinya tahun lepas lah , ada seorang perempuan tegur aku. *ehh jap, ke aku tegur? entah aku pun lupa. Frankly speaking, aku memang tak akan ber'aku kau dengan perempuan yang tak rapat dengan aku. Aku rasa aku ni kasar sangat,macam-macam aku fikir. Nak dijadikan cerita, perempuan yang tegur aku ni ber'aku kau dengan aku. Dengan itu aku set mind aku dengan mengatakan perempuan tu yang ganas.

Pada mulanya aku hanya fikir pasal dia ganas je, lama-kelamaan aku baru perasan namanya MisSenget Nget.

"kenapa nama dia Senget? dia senget ke? senget kat mana? jalan senget? otak senget?"


Masa tu mungkin MisSenget Nget ni naik benci dengan aku sebab soalan-soalan fresh dari tadika. Maka jawabnya,

"erm MisSenget, asal? tak boleh? nama aku Shila, Senget tu nama manja-manja je. Sebab aku ni manja, comel, banyak lagi lah.. :p ",


Masa tu lah dia kata pasal blog dia, pada mulanya aku malas pun nak bukak link blog dia. Aku sibuk~! Tapi entah apa aura yang menarik-narik, melambai-lambai, menggoda aku sehingga cursor aku ditala ke link tersebut. Lalu diklik dan dibuka, mata aku terbuka luas dan secara spontan aku kata blog dia ni,


  • simple
  • menarik perhatian aku
  • wide sebab putih
  • aku suka
  • errk..lalat?

*** 

Selepas malam pertama dia tegur aku, malam kedua aku menantikan juga dia tegur aku. Aku nak tegur? Memang tak la, ketar tangan aku nak tegur orang yang aku tak kenal. Aku pemalu lah~!

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, setiap malam dia tegur aku. Suka betul lah aku, sebab dia ni otaknya gila-gila, sempoi, broad-minded, tak mencarut sana sini, just nice lah senang kata. Menepati ciri-ciri kawan yang baik, peneman setia, tukang tempat lepas geram pun boleh. Dia senyum je, kalau carut pun dia carut dalam hati je. =.="

Malam-malam aku diserikan dengan kehadiran dia. Aku ni bila dengan dia, ada satu habit yang aku akan angkat bakul. Dia pun nak meniru aku, tapi bila aku suruh dia buat bakul, tak pernah siap. Tapi dia nak jugak angkat bakul. ( Faham kan? Angkat bakul? Puji diri sendiri.. Maka aku suruh dia buat bakul dari surat khabar, tak dia buat. Bakul aku berpuluh dah siap, maka aku ada hak nak puji diri sendiri lah. Tapi dia selalu main tak adil, dia akan selalu pinjam bakul aku untuk dia puji diri sendiri).

Sampai sekarang pun dia masih sudi temankan aku, berborak, cerita pasal apa-apa.. Dan sampai sekarang jugalah blog dia akan menjadi tatapan aku. Untuk aku review berkali-kali.

Satu hari aku malas dah tulis pasal silam aku di blog lama, maka dengan baik hati MissSenget ni buatkan aku blog baru. Aku buat, dia customize. Sebab tu lah blog aku punya design sebijik macam yang dia punya. Kamu semua ingat dia ni rajin sangat? Dia copy je sebijik-sebijik ke blog aku. Apapun terima kasih =)


***  

Sedangkan lidah lagi tergigit, begitu juga aku dengan dia. Satu malam setelah sekian lama kami kenal, dari ber'aku kau kepada ber'awak saya, aku dapat tahu tentang dia. Sesuatu yang aku rasa macam kenapa dia sorok daripada aku. Masa tu mood aku memang kelaut, sangat kelaut. Banyak hari jugak lah aku terasa dengan dia. Tak la sampai benci cuma aku terfikir kenapa dia nak sorok, sedang aku cakap semua pada dia. Mungkin pada kamu semua tu tak penting, tapi bagi aku tu penting. Melibatkan life dia, jadi aku kena tahu benda yang betul.

kepercayaan ni macam kertas,sekali dironyok je kertas tadi tak mungkin akan jadi macam kertas yang belum dironyok

Aku sedih, sebab dia dah buang masa dengan sorok benda macam tu. Bila aku fikir sekarang, dia mungkin taknak pun cakap sebab taknak aku membebel macam aku bebel tiap-tiap malam kat dia. Aku bukan apa, aku pernah lalui. Maka aku nak dia punya flow pun smooth.

Selepas seminggu, kami ok balik. Kasih sayang bertaut kembali =3


***

Banyak dah aku taip ni, entah berapa ramai dah follower dia dah unfollow. Dah berapa orang dah [x] tab untuk blog dia ni. Banyak lagi nak cerita tapi takpelah.. Kesian..

Ok mintak maaf tersalah kata, tertypo kat mana-mana..

Terlekat Melekat : mood swing semacam je..



23 comments:

  1. giler hebat..spontan abes yat kau...siapa hah?amboi nget...ni nak gossip ni..haha..

    tp betul ckp kau, first time aku baca blog dia melalui ieyla..first time baca aku dah melekat kat sini..

    dia sgt broad minded..cara dia luah ape yg dia rasa pun lain dr yg lain..kau kena baca dgn full kosentrasi baru ko phm..kan?

    plg best, di luar dia ganas..tp mkn lama knl (even bkn dp2), aku dpt rasa dia lembut sgt kat dlm..


    syg kau nget..hihi..tiap kali ko update fb, aku ada je kat situ :D

    ReplyDelete
  2. clap...clap...1st time baca entry panjang lebar dari blog Nget..

    ReplyDelete
  3. menggelupur baca Nget lembut..

    selembut kapas ke?lol

    ReplyDelete
  4. aku rasa aku kenal siapa yg penulis undangan ini.

    tapi aku masih taktau rahsia nget yang selalu buat dia semak tu.

    ReplyDelete
  5. nget tak sangka sepanjang ini entry kamu....siapakah gerangan ini??

    ReplyDelete
  6. owhhh panjangnyerr.. xterdaya nak baca semua.. hehe

    ReplyDelete
  7. senget maner?? mane senget? aku nak senget.. nak sengettttttt

    ReplyDelete
  8. as salam..
    alahai mish~
    macam2 ragam ;)
    siapa dia tu?

    wekkk~

    :p

    ReplyDelete
  9. siapakah?
    heheh..
    tapi, nama senget tu comel je..heheheh

    ReplyDelete
  10. ha'ah, 1st time snggah sini pun mmg dah melekat terus smpai skrg ^^


    tapi yg kali ni panjangg --"

    ReplyDelete
  11. kau pon boleh join menyengetkan diri,.hehe..penulisan yang panjang but ada sense of humor :)

    ReplyDelete
  12. siapakah gerangan ini yang menconteng entry ini dgn rakus sekali..namun sy suka entry ni..cool

    #selamat malam...ada masa hack blog sy pula,tolong update ye..heeheee

    ReplyDelete
  13. hahah kdg aku pon xde idea nak update.aku hrp bole guna kan org
    yg sama dr blog ni la.haha
    dan yg pasti aku buat FB pun sb dak
    blog paksa -.- kehkeh

    ReplyDelete
  14. missSenget memang best ! harap2 satu hari nanti, missSenget tegur aku pulak.. hihihi..

    siapa yg buat n3 ni???

    ReplyDelete
  15. berblog ni kdg2 kena ikut mood gak

    xde mood x jln gak

    kan?

    haha

    apa2 SELAMAT BERBLOG

    ReplyDelete
  16. sy pun kalau dgn org tak rapat sy guna 'sy' awk'. dgn org betul2 selesa baru gna 'kau aku' .hee.

    ReplyDelete
  17. Masuk sini je tadi aku dah nampak kelainan.. Waalaikumussalam. lengkap bersalam 1 Malaysia. ;D


    aku pun dulu terfikir apakah yang senget tentang dia sampai lekat nama senget tu? haha


    Aku pun sama macam yang lain, nak tau siapakah gerangannya yang buat entri ini?

    ReplyDelete
  18. wah....??? sapew yew? Dari Makmal Komputer ke Makmal Sains? hehehe....

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Miss...
    opssss sorri akak tak suka panggil nget...heheheh

    Siapakah gerangan yg taip ntry ni???? nak tahu jugak...!!!!

    ReplyDelete
  20. panjang gilo... berbuih aku baca

    ReplyDelete
  21. so ni r entri panjang berjela yang digembar gembur kan tu.. kat sini aku konfius.. sape lak laki ni? mesti someone spesel nye kan.. waa.. lame tak jenguk sudah berdua rupenye.. tahniah!! ^__^

    ReplyDelete